Saturday 30 July 2011

Doa buatmu

Seringkali ku terfikir  dan cuba sedaya upaya untuk mencontohi kemuliaan dan kebersihan hati Nabi SAW
..baginda tetap tersenyum bila dibenci..
tetap tenang bila dimusuhi..
tetap membantu walu disakiti..
tetap menyeru walau diusir pergi..
kenapa kita mudah benci bila dikasari..
mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi..
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami...
mudah terguris bila kita dinasihati...
aku memohon padamu ya ALLAH supaya aku dapat menjadi insan yang rendah hati!! agar segala yang indah menghiasi peribadi...kerana qudwah kita adalah nabi..kerana itulah sifat hamba allah swt yang hakiki...