Thursday 11 October 2012

BERJUANG MENAHAN KESABARAN

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian

Islam amat menganjurkan agar kita bersabar dalam menghadapi kesempitan hidup. Jangan membiasakan diri dengan meminta-minta daripada orang lain tanpa berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal kerana sesungguhnya orang yang gigih berusaha dalam mencari rezeki demi meneruskan kehidupannya di dunia ini dan bersabar dalam menanggung kesusahan nescaya akan dikurniakan Allah rezeki yang banyak.

Tuesday 9 October 2012

KATA-KATA SERIBU HIKMAH

 Kata-kata renungan untuk diri dan pembaca

Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Monday 1 October 2012

Mencari keyakinan diri

Hati mudah kesah, keyakinan kadang-kadang hilang

Erti membaca al-Quran

 Kita sering alpha, kita rasakan bila dah khatam quran semasa kecil, sudah memadai. Tidak lagi perlu dibaca melainkan yassin yang dibaca sekali sekala jika ada majlis tertentu. Kalau rajin pun kekadang kita tiada inisiatif untuk mencari maknanya


"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)