SALAM TAHUN BARU
Semoga
tahun ini akan membawa keberkatan dan semoga ianya penuh dengan
kebaikan .. sesungguhnya seorang mukmin hendaklah selalu berusaha
menjadi orang yang lebih baik hari ini dan hari-hari seterusnya
berbanding dengan semalam. Terasa begitu cepat masa berlalu ..kekadang
terasa terlalu sedikit pahala dan kebaikan yang dibuat. Rasa berdosa
kepada Allah, ibu bapa, suami , anak-anak serta murid-muridku kerana
terlalu banyak lompang yang aku isi dalam kehidupan yang rasanya tidak
diisi dengan sepenuhnya...berazam dan berdoa agar dapat memberi yang
lebih terbaik...hanya itu mampu dibuat