Thursday 11 October 2012

BERJUANG MENAHAN KESABARAN

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian

Islam amat menganjurkan agar kita bersabar dalam menghadapi kesempitan hidup. Jangan membiasakan diri dengan meminta-minta daripada orang lain tanpa berusaha dan berikhtiar dengan jalan yang halal kerana sesungguhnya orang yang gigih berusaha dalam mencari rezeki demi meneruskan kehidupannya di dunia ini dan bersabar dalam menanggung kesusahan nescaya akan dikurniakan Allah rezeki yang banyak.

Tuesday 9 October 2012

KATA-KATA SERIBU HIKMAH

 Kata-kata renungan untuk diri dan pembaca

Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

Monday 1 October 2012

Mencari keyakinan diri

Hati mudah kesah, keyakinan kadang-kadang hilang

Erti membaca al-Quran

 Kita sering alpha, kita rasakan bila dah khatam quran semasa kecil, sudah memadai. Tidak lagi perlu dibaca melainkan yassin yang dibaca sekali sekala jika ada majlis tertentu. Kalau rajin pun kekadang kita tiada inisiatif untuk mencari maknanya


"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)

Tuesday 25 September 2012

Doa Pelembut Hati








































Bacakan juga untuk diri kita supaya diri kita juga tergolong dalam orang yang lembut peribadinya dan jangan ada niat untuk membacanya kerana niat nak menguasai orang lain..hanya kepada Allah segalanya..Allah jua

Sumber dari Sumber:
~ Facebook Dr. Hj. Tengku Asmadi ~

Friday 10 August 2012

Ramadhan menggamit pulang

Ramadhan terlalu singkat bersamamu , terlalu banyak yang belum puas dan sempat ku lakukan bersamamu. Aku tidak punya kekuatan untuk melawan kemalasan, merebut keberkatanmu.. ruginya diriku. Ya allah berikan aku kesempatan dalam masa 8 hari ini untuk terus bersama mengerjakan ibadat kepadamu.sedih rasanya

SELAWAT SYIFA

HIDUP TERLALU SINGKAT

6 July detik yang tidak boleh dilupa ..abang telah meninggalkan kami semua...sedih kerana saat keperitannya melawan penyakit misterinya tiada seorang yang cuba memahami dirinya, hatta isterinya sendiri.Sebagai adik aku juga seolah tidak mengambil berat tentang kebajikannya, aku sibuk..sibuk dengan kehidupanku sendiri. Memang hubungan ku dengan dia tidak begitu rapat, zaman kecil aku jarang berkomunikasi dengannya ..tidak tahu kenapa mungkin sikap dia yang pendiam tetapi aku sentiasa ingat setiap kali dia balik bercuti dia tidak pernah melupakan membeli buah tangan untuk ku, coklat , jam dan tidak sedikit duit yang dihabiskan kepadaku. Dari zaman kanak-kanankku sehingga aku masuk maktab banyak yang abang korbankan kepadaku, setiap bulan semasa di maktab dimasukkan duit kepada ku..mewahnya aku. Walaupun hubungan dari segi komunikasi kurang tapi dia sentiasa mengingatiku, hatta saat dia menanggung deritanya , yang selalu bertanya khabar bukannya akuuuuuu. tapi dia.

Hampir 10 tahun abang menanggung derita penyakit yang sentiasa berubah simptomnya. Ya Allah kupanjatkan doa semoga kau ampunkan dosanya, tempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman, yang sentiasa dirahmatinya. Sesungguhnya bersih dan suci hatinya ya Allah. Amin.

Kehidupan ini penuh pancaroba, kita tidak tau apa yang berlaku kepada kita, hari ini kita mungkin sihat, hari ini mungkin kita hidup, esok mungkin kita akan sakit atau sudah tiada lagi di dunia ini. Betapa singkatnya hidup ini, setelah 42 tahun hidup tapi aku rasa tidak banyak kebaikan yang aku lakukan tidak banyak kejayan yang aku rangkul, aku takut sekiranya esok mati nya aku hidupku lebih teruk dari di dunia, tiada bekal yang di bawa di akhirat.

Aku ingn menjadi orang bertakwa ya allah, orang yang berjaya kehidupannya di dunia dan akhirat ..berilah taufik dan hidayatmu.

Bacaan Qunut

Saturday 14 January 2012

SALAM TAHUN BARU

Semoga tahun ini akan membawa keberkatan dan semoga ianya penuh dengan kebaikan ..  sesungguhnya seorang mukmin hendaklah selalu berusaha menjadi orang yang lebih baik hari ini dan hari-hari seterusnya berbanding dengan semalam. Terasa begitu cepat masa berlalu ..kekadang terasa terlalu sedikit pahala dan kebaikan yang dibuat. Rasa berdosa kepada Allah, ibu bapa, suami , anak-anak serta murid-muridku kerana terlalu banyak lompang yang aku isi dalam kehidupan yang rasanya tidak diisi dengan sepenuhnya...berazam dan berdoa agar dapat memberi yang lebih terbaik...hanya itu mampu dibuat