Monday, 16 May 2011

Kesayuan di Hari Guru

Sayu..di hari guru, ada yang datang menyapa walaupun tiada titipan diberi tapi ingatan pelajar itu yang terkesan..tapi ..bukan aku saja yang merasakannya..dari 300 pelajar yang kuajar dan dari 762 pelajar yang ada di SMSKP hanya rasanya 10 orang sahaja yang datang menyapa mengucapkan selamat Hari Guru.

Bagi seorang guru hadiah tidak penting, tapi cukuplah ucapan tanda ingatan dari murid tercinta, tapi adakala dalam arus pembangunan yang kian mencabar ini, dalam lautan manusia yang terpilih hanya segelintir saja pelajar yang mengingatinya..bagi guru itu semua diterima dengan lapang dada tapi hati menangis kerana manusia semakin hilang rasa kemanusiaan..gurukah yang bersalah...

No comments: