Friday 22 March 2013

CELIK JIWA

KATA-KATA YANG DIKUTIP DARI CERAMAH DR MUHAYA UNTUK RENUNGAN DAN PERINGATAN BUAT DIRIKU

Manusia yang paling kuat ialah manusia yang paling ikhlas. Akhlak mereka selalunya baik dan akan disukai orang. Mereka tidak pernah sebut ikhlas dalam percakapan. Mereka orang yang diterma Allah. Mereka sedikit kecewa tetapi orang tidak ikhlas banyak kecewanya. Mereka tidak rindu dipuji atau dihargai. ISteri yang ikhlas tidak risau kalau suami tidak meuji atau menghargai mereka kerana hanya redha allah yang dicari.

SYURGA ITU PUNCAK HADIAH
Kita harus miliki kegigihan tingkat kualiti amalan kita. Siapa yang mahu lebih harus usaha lebih. KAlau di facebook kita hanya berbicara perkara harian remeh apa nak makan dah sampai ke destinasi alangkah rugi. Guna masa di depan komputer mendengar majlis ilmu dan baca perkara ilmu tingkatkan amalan. Audit setaip saat kurniaan Allah. TENTUKAN ADA MAKNA ATAS SEMUA PERBUATAN.

CARA KITA MELIHAT SESUATU MENGUBAH PERKARA ITU. Cuba kita berani melhat kelebihan dan kebaikan orang dan bijaksana menangani kelemahan dan kesilapan orang


ALLAH BERITAHU KITA SUPAYA MINTA BENDA YANG EKSLUSIF MILIK ALLAH IA ITU 
HIDAYAH
jalan yang lurus bukan benda benda remeh. Mintalah hidayah dan kasih sayang Allah hidup akan bahagia dunia akhirat insyaAllah

DEKAT DIRI PADA ALLAH maka kasih sayang Allah terlalu besar jadi kasih sayang manusia jadi kecil dimata kita. Sentiasa baik sangka pada orang lain insyaAllah orang baik sangka pada kita. Apa kita buat itu kita dapat. nak bahagia mesti bahagiakan orang

Cubaan yang lebih besar dari kekurangan ialah  KELEBIHAN.
Azab Allah akan datang jika kita tidak syukur. Kekurangan yang diberi harus kita sangka untuk MENJAGA KITA SUPAYA TIDAK ENGKAR PADA ALLAH.Syukur sentiasa kita ada iman dan takwa.

No comments: